Thursday, October 19, 2017

PENGENALAN

Makna Surah Al-Qaari'ah adalah surah ke-101 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri atas 11 ayat termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Quraisy. Nama Al-Qaari'ah diambil dari kata Al-Qaari'ah yang terdapat pada ayat pertama yang ertinya kegoncangan, kemudian kata ini dipakai untuk nama Hari Kiamat.

Pokok isi surah ini adalah kejadian-kejadian pada Hari Kiamat iaitu manusia bertebaran, gunung berhamburan, amal perbuatan manusia ditimbang dan ancaman Neraka Hawiyah.

KANDUNGAN SURAH AL-QAARI'AH

1. Hari Kiamat disebut sebagai Al-Qaari'ah kerana kedasyatannya begitu keras mengetuk hati.

2. Kalimat ini untuk membesarkan perkaranya, demikian pula kalimat setelahnya.

3. Kerana kedahsyatannya peristiwa pada hari itu.

4. Kerana kebingungan, sampai mereka dipanggil untuk dihisab.

5. Yang sebelumnya kukuh dan kuat menjadi sangat lemah sekali.

6. Sehingga menjadi debu dan rata dengan tanah.

7. Selesai penghisaban, lalu disiapkanlah timbangan yang memiliki dua daun timbangan. Ketika proses penimbangan dilakukan, maka manusia terbahagi kepada dua golongan; orang yang berbahagia dan orang yang celaka. Orang yang berbahagia adalah orang yang berat timbangan kebaikannya sedangkan orang yang celaka adalah orang yang ringan timbangan kebaikannya.

8. Hawiyah adalah salah satu nama neraka dimana orang-orang yang ringan timbangan kebaikannya akan tinggal di sana. Ada pula yang berpendapat bahawa maksudnya dia akan dilemparkan ke neraka secara jungkir balik (dengan kepalanya dibawah)

9. Kalimah ini untuk memperbesarkan perkaranya.


SURAH AL-QAARIAH

ASBABUN NUZUL

Surah ini tergolong ke dalam surah Makkiyah (turun di Makkah) yang menceritakan perihal hari kiamat. Umumnya sebuah ayat diturunkan kepada Nabi Muhammad memiliki sebab atau latarbelakang (asbabun nuzul), namun hal tersebut tidaklah mutlak. Ada banyak sekali ayat-ayat turun kepada nabi tanpa suatu latarbelakang peristiwa dan lain-lain. Misalnya surah Al-Qaariah ini. Mustafa al-Maraghi memberikan pendapat bahawa surah ini turun tanpa suatu "asbabun nuzul" ayat.